Khas untuk wanita yang dah penat cuba pelbagai teknik diet
Dah buat kalori defisit, dah cuba intermittent fasting… tapi berat tetap tak turun, mudah letih dan kerap stress?
Masalahnya bukan sebab anda "tak berdisiplin". Mungkin anda terlalu lama cuba selesaikan isu kesihatan dengan tips yang tak sesuai dengan badan sendiri.
Sertai HUNEY komuniti Secara PercumaPERCUMA! Tak perlu beli apa-apa.
Menjelang tahun baru, kebanyakan kita mula senaraikan impian/resolusi baru. Salah satu impian kebanyakan wanita semestinya : NAK KURUS! NAK LEBIH SIHAT! Kan?
Tapi, lepas sebulan dua, berapa ramai yang masih meneruskan misi?
Jom jujur dengan diri sendiri. Banyak sangat tips pemakan sihat dan aktiviti fizikal, tak tau mana satu nak ikut? Pening! Buntu!
Maka terkuburlah impian dan misi nak kurus dalam resolusi awal tahun tadi. Akhirnya kita mula fikir:
"Ah, susahnya! Takyah lah stress, tak kurus macam orang lain pun takpelah"
Tanpa disedari, badan mula bagi signal macam ni?
Perut selalu kembung atau rasa sebu
Makan tak banyak pun rasa penuh. Kembung datang tanpa kita faham sebabnya.
Buang air besar tak konsisten
Kadang sembelit, kadang cirit-birit. Ada yang sampai bergantung pada produk "detox" atau teh kurus jika sembelit menyerang.
Bangun pagi pun masih rasa letih
Tidur mungkin cukup, tapi badan tetap berat. Tengah hari mengantuk dan susah fokus.
Rasa ada yang tak kena, tapi tak pasti apa
Kulit mula berubah, selera tak menentu, berat susah dikawal, kerap sakit dan lenguh badan.
Satu perkara penting
Simptom di atas tak semestinya bermaksud anda ada masalah kesihatan tertentu. Ia cuma tanda badan sedang bagi mesej untuk kita cakna. Tubuh manusia Tuhan ciptakan sangat kompleks, sebab itu pendekatan "ikut diet ni kalau nak sihat" tak semestinya sesuai dengan anda.
Anda tak perlukan satu lagi tips diet. Anda perlukan ilmu untuk fahami sistem badan sendiri.Yang paling penting untuk dijaga rupanya KESIHATAN USUS
Kesihatan usus bukan sekadar "buang toksin" atau ambil produk tertentu. Lebih 70% sistem imun tubuh kita terletak di usus. Ia berkait rapat dengan apa yang kita makan, jenis makanan, nutrien yang diperlukan, gaya hidup, tidur dan aktiviti fizikal. Kesimpulannya, perlu FAHAM tubuh berfungsi secara holistik.
Di HUNEY Nutrition, saya percaya wanita patut diberi ilmu yang betul kerana salah satu sistem yang disebut di atas bermasalah, ia sangat mengganggu keseluruhan sistem kesihatan kita. Jadi, saya ambil pendekatan untuk fahami keperluan individu dulu, bukan terus suruh beli supplement, amalkan diet tegar, atau label semua masalah sebagai "hormon tak seimbang" atau "usus penuh toksin".
Mula dengan belajar fahami:
- Apa yang badan anda cuba beritahu melalui simptom yang dialami?
- Apa bukti sesuatu tips diet berkesan? Ada kajian saintifik dan selamat diamalkan?
- Atau adakah ia cuma trend di media sosial?
Siapa saya
Humairah Uzair
Nutritionist Berdaftar MAHPC (Nutr) 01141Selepas lebih 7 tahun korbankan kerjaya untuk fokus membesarkan anak-anak, saya kembali ke bidang nutrisi dengan satu misi: wanita perlukan lebih daripada nasihat "jaga makan". Kita perlukan ilmu untuk faham bagaimana badan berfungsi dari dalam.
Melalui HUNEY Nutrition, saya jadikan ilmu pemakanan yang dianggap terlalu rumit kepada sesuatu yang mudah difahami oleh masyarakat umum, praktikal dan berasaskan bukti saintifik.
Anda tak perlu beli apa-apa hari ini. Serius.
Saya tak mahu anda beli sesuatu yang anda sendiri tak faham kenapa perlu. Mula dengan ilmu dulu. Sebab itu saya jemput anda sertai Komuniti HUNEY Nutrition secara PERCUMA.
Dalam komuniti ini, saya kongsikan:
Tak perlu terus ubah semuanya.
Mula dengan faham. Kemudian baru ubah.